Posted by : Otaku Gang


Post by Ruldhi Trailblazer  ... 。◕‿◕。


     Apabila badan mula mengadap laptop dan jari-jemari mula menari tarian asyik di atas keyboard, assalamualaikum  dan selamat sejahtera kepada semua yang sudi hadir ke blog kami. Kami tidak sangka sehingga ke tahap ini cinta, keotakuan dan minat kami terhadap anime telah melahirkan blog yang bagaikan pintu ke dunia yang baru kepada ahli [MAlAy ANiMe cOmUnItY] dan orang-orang yang berada di Malaysia.

     Pada tarikh 14/12/2012 atau dalam kelendar hijrahnya iaitu 1/2/34 (tarikh hijrah yang begitu cantik sekali), seorang blogger di dalam komuniti kami iaitu Hanis Shinichi telah membuat satu blog khas untuk komuniti ini dan kepada mana-mana insan yang sudi hadir ke sini. Sehubungan dengan itu, blog ini telah mendapat sambutan yang ramai dari ahli-ahli komuniti tersebut sehingga tercetusnya idea-idea baru bagi memahsyurkan lagi blog tersebut. Pelbagai curahan idea telah dilemparkan pada blog ini supaya blog ini sentiasa berada di hati para pelawat yang sudi menjenguknya.

    Saya, sebagai salah seorang ahli komuniti tersebut ingin merasmikan blog ini bagi pihak semua ahli di komuniti. Dimulakan dengan ucapan Basmalah, dengan ini saya mengisytiharkan, perasmian pembukaan buat julung kalinya blog [MAlAy ANiMe cOmUnItY] . Sekian terima kasih...



3 Responses so far.

  1. Yeahh . Perasmian blog sudah mari! *tepuk tangan*

  2. Unknown says:

    XD
    Otaku Tua da bez~
    (jngn prasan)

    -Anis Edwardy

  3. HansSyaz says:

    wow .. pembukaan ni buat aku tersenyum lol.. pelik mak aku tgok aku XD

Welcome to My Blog

Popular Post

Chat

Copyright © 2012 until now . Blog Owner. Powered by Blogger.

- Copyright © Malay Anime Community -Robotic Notes- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -